Posts

Showing posts from January, 2009

ISU kepala babi di Dalam Surau UM

“Pelajar Islam Universiti Malaya (UM) tetap menunaikan solat Jumaat di surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) walapun ia digemparkan dengan penemuan kepala babi di dalam surau tersebut awal pagi tadi. Kepala babi yang dibelah dua itu diletakkan di atas bendera PAS, ditemui oleh seorang aktivis pro-Mahasiswa, Mohd Azlan Zainal kira-kira jam 5 pagi tadi.” Petikan Malaysiakini. Tak tergamak saya nak lihat gambar tragedi ini. Astaghfirullahalazim... macam mana la perkara yang begitu memeranjatkan ini boleh berlaku. Perkara macam ni bukan lagi isu politik student, atau pun politik negara. Tapi ini sudah melibatkan perselisihan agama. Malaysia yang mendukung AGAMA ISLAM sebagai agama kebangsaan macam dah tiada makna. Belum pernah didengar isu seperti ini berlaku di rumah ibadah agama lain. Ya Allah, minta dijauhkan dengan sebarang perkara yang dahsyat, sesungguhnya kami ini kaum yang amat lemah keimanan kami. Bila perkara ini berlaku, kita umat Islam yang perlu lihat diri kita sendiri. Bu
Image
Gentayan Sibir Part 2... Nek Bayan! Perempuan tua yang baik hati, tulus hati, ikhlas menjaga seorang bayi yang dikutipnya berdekatan ngarai sebelah denai desa, selepas balik dari barakan di satu musim perayaan delapan belas tahun yang lalu. Bayi itu, walakin di kisah kan anakan yang datang dari alamin oleh orang-orang yang sering membisik-bisik, namun tidak menggundahkan Nek Bayan untuk menjaga bayi kecil itu sepenuh hati. Dibelai ibarat arai mengurai. Diusap dengan minyak narwastu yang harum lagi menghindarkan nyamuk-nyamuk buas. Tiada gatra yang dapat diungkapkan, betapa sayang benarnya Nek Bayan pada bayi ini. Sang Gentayan tiba-tiba menyentap kenangan Nek Bayan. Sang Gentayan seolah-olah mempergarahkan imbasan kenangan Nek Bayan yang mengelamun jauh. Hampir bersepah cebisan ungar ditangannya. Ikan laut “Lutjanus” hasil tangkapan cucu kesayangannya itu. Tapi, itu semua tidak mengungkai kegusaran yang terbit dari perilaku Sang Gentayan. “ Naira!”, Oh! Naira .. .

Save Palestine!

Image
Mari kita bersama-sama mendoakan, solat hajat, keselamatan saudara-saudara kita yang sedang berjuang mempertahankan tanah tumpah, maruah dan agama di Palestine ketika ini. Lepaskanlah mereka dari cengkaman Israel dan sekutunya. Amin amin ya rabbal alamin..

Boikot Barang Israel

Image

Simpanan emas Janjikan pulangan tunai setiap bulan

Image
Kemelut ekonomi yang melanda dunia kini telah menyebabkan ramai mula sedar mengenai kepentingan membeli emas untuk dijadikan aset pelaburan dan bukan lagi sekadar perhiasan dan lambang kemewahan. Pemangkin terhadap minat serta trend yang semakin berkembang itu adalah fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini. Mengapa melabur emas? A) keuntungan B) lindungi nilai aset dari inflasi/deflasi Etika Emas Estet Berhad, merupakan salah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual emas fizikal 24 karat dengan kualiti 999.9 atau 99.9% tulen. Setiap pelanggan yang membeli dan menyimpan emas di Etika Emas ditawarkan emas fizikal iaitu emas sebenar yang boleh dilihat, dipegang dan disimpan sebelum dicagarkan di skim Ar-Rahnu oleh Bank Rakyat. Emas dalam bentuk barangan kemas atau syiling emas dijual pada kadar 40 peratus tinggi daripada jongkong emas iaitu membabit
Image
Alkisah . Riwayat nara agung, yang bukan adiwangsa, yang tidak pernah ingar dari kesah mana-mana kalam catatan dahulu. Sang Gentayan! Perasaan yang mulai berastakona, tidak mampu mengundang emosi rayan Sang Gentayan, Hish.. Sang Gentayan! Wasangkamu jangan sampai jadi sibir! Sang nara ini walakin tidak pernah sekali pun mengusung karabin berserdak belerang, dia tetap agung di zaman kegemilangannya. Pedang salju bersinar dipanah mentari tersemat kemas, dengan tangan kejap memegang garan pedang bersepuh perak itu. Tiap detik yang berlalu, tatkala anak cahaya mentari sibuk berlari menyimbah embun pagi di hujung daun, ketika itulah jua Sang Gentayan sudah terbit di pencak perwira ini. Tidak pernah sekalipun keringat peluh Gentayan ini, masih sempat berhenti berhamburan. Andai di hitung keringat yang mengalir, sudah pasti malan seisi rumah, tidak menahan bau keringat sang nara. Pasti tangkas Nek bayan keluar ke belakang belukar mencari pucuk maman untuk menawarkan pening kepala. Pucuk maman