Posts

Showing posts from August, 2019

Artikel Sains Ogos - Kaki Palsu dan Wall Damper

The Aircirc: Penggunaan Serat Kenaf Sebagai Soket Kaki Palsu Idea untuk pembuatan soket kaki palsu ini adalah percubaan untuk menggunakan konsep penafasan, daripada soket yang memegang bahagian kaki yang telah terjejas kepada reka bentuk soket yang berfungsi secara aktif bernafas pada kulit pemakai. Matlamat projek ini adalah untuk mencapai konsep yang boleh menyediakan keselesaan, kebersihan dan memudahkan pemakai kaki palsu untuk kegunaan harian. Reka bentuk baru yang dicadangkan dapat memberikan penafasan pada kulit dan melindungi daripada kelembapan yang boleh membawa kepada masalah kulit dan tidak keselesaan terutamanya pada masa yang panjang kepada pemakai kaki palsu. Penggunaan serat kenaf sebagai bahan produksi soket kaki palsu ini tidak hanya mengurangkan kebergantungan kepada bahan yang tidak eco-friendly, tetapi ia juga juga membolehkan Malaysia menjana pendapatan dalam penghasilan alat-alat anggota palsu dari tanaman perladangan yang ditanam oleh rakyat tempatan. In