ISU kepala babi di Dalam Surau UM
“Pelajar Islam Universiti Malaya (UM) tetap menunaikan solat Jumaat di surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) walapun ia digemparkan dengan penemuan kepala babi di dalam surau tersebut awal pagi tadi. Kepala babi yang dibelah dua itu diletakkan di atas bendera PAS, ditemui oleh seorang aktivis pro-Mahasiswa, Mohd Azlan Zainal kira-kira jam 5 pagi tadi.” Petikan Malaysiakini. Tak tergamak saya nak lihat gambar tragedi ini. Astaghfirullahalazim... macam mana la perkara yang begitu memeranjatkan ini boleh berlaku. Perkara macam ni bukan lagi isu politik student, atau pun politik negara. Tapi ini sudah melibatkan perselisihan agama. Malaysia yang mendukung AGAMA ISLAM sebagai agama kebangsaan macam dah tiada makna. Belum pernah didengar isu seperti ini berlaku di rumah ibadah agama lain. Ya Allah, minta dijauhkan dengan sebarang perkara yang dahsyat, sesungguhnya kami ini kaum yang amat lemah keimanan kami. Bila perkara ini berlaku, kita umat Islam yang perlu lihat diri kita sendiri. Bu...