Buat Rumah seperti main LEGO! Mudah tapi Berkualiti. PUTRA BLOK - Inovasi bantu mudahkan pembinaan rumah ------------------------------------------------------------------ Sistem binaan blok berongga kait panca tanggung beban yang berinovatif dan direkabentuk untuk memenuhi keperluan koordinasi modular yang sebahagian daripada konsep Sistem Binaan Berindustri (IBS). Putra Blok adalah menggalakkan lebih banyak pembinaan perumahan berkualiti yang mampu milik. Sistem Putra Blok ini menyediakan alternatif kepada kos yang efektif te rhadap bahan dan sistem binaan yang sedia ada. Kemudahan pembuatan yang efisien telah direkabentuk, dibangunkan dan difabrikasi untuk menghasilkan Putra Blok secara besar-besaran. Penjimatan tambahan pada kos pembinaan adalah disebabkan oleh penghapusan mortar, bar tetulang dan melepa dalam struktur bangunan. Keperluan bagi buruh mahir dapat dikurangkan dan masa pembinaan juga menjadi lebih pendek. ..berita lanjut http://www.scie...
Popular posts from this blog
Buang Kulit Durian Boleh Di Saman RM 100,000 ?
Betul ke?? Teknologi : Mesin Pencincang Kulit Durian Untuk Pengkomposan Sisa Bio Buah durian (Durio zibethinus) adalah antara buah tempatan popular di Malaysia, juga dikenali sebagai Raja Buah. Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong bergantung kepada varieti. Kulit durian yang berduri tajam dan berwarna hijau hingga hijau keperangan. Buah durian berpangsa-pangsa dimana ulas durian berada di dalam pangsa ini. Kulit durian akan dibuang selepas ulas durian dimakan. Lambakan kulit durian menjadi sampah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Menurut, Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin daripada Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia kulit durian mengambil masa yang lama untuk terlerai. Apabila tiba musim durian, kulit-kulit durian dibuang begitu sahaja di tempat longgokan sampah atau dibuang secara haram. Ini mengakibatkan berlakunya longgokan kulit durian yang akan mengeluarkan bau yang busuk, tempat pembiakan nyamuk dan tikus serta mengundang lalat. Ia akan menyebabk...
Rejuvenasi Produktiviti
Rejuvenasi Produktiviti Tanaman dan Tanah Penggunaan nutrien tanaman yang penting dan tidak mencukupi terutamanya, fosforus dalam tanah asid di Malaysia dan di negara lain adalah berkaitan dengan kandungan aluminium dan ion besi yang tinggi dalam tanah yang mana fosforus tidak tersedia dalam tanah sebab diikat oleh ion ini. Kaedah konvensional untuk menguruskn permasalahan ini contohnya, pengikatan fosforus oleh ion aluminium dan besi adalah melalui penggunaan baja kapur dan fosfat secara berlebihan untuk menyerap ion aluminium dan besi. Disebabkan pengawalan pengikatan nutrien melalui penggunaan baja kimia fosfat dan pengapuran yang berlebihan tidak boleh diperbaharui dan tidak berdaya maju, adalah elok mempraktikkan penggunaan bahan organik yang berdaya maju dari segi ekonomi dan mesra alam. Rejuvenasi Produktiviti Tanaman dan Tanah Penggalak Fotosintesis Sistem Penyampaian Nano Antikulat bagi Rawatan Penyakit Ganoderma untuk Kelapa Sawit AKTIVITI ...

Comments
Post a Comment