Posts

Showing posts from August, 2022

Buang Kulit Durian Boleh Di Saman RM 100,000 ?

Image
  Betul ke?? Teknologi : Mesin Pencincang Kulit Durian Untuk Pengkomposan Sisa Bio Buah durian (Durio zibethinus) adalah antara buah tempatan popular di Malaysia, juga dikenali sebagai Raja Buah. Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong bergantung kepada varieti. Kulit durian yang berduri tajam dan berwarna hijau hingga hijau keperangan. Buah durian berpangsa-pangsa dimana ulas durian berada di dalam pangsa ini. Kulit durian akan dibuang selepas ulas durian dimakan. Lambakan kulit durian menjadi sampah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Menurut, Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin daripada Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia kulit durian mengambil masa yang lama untuk terlerai. Apabila tiba musim durian, kulit-kulit durian dibuang begitu sahaja di tempat longgokan sampah atau dibuang secara haram. Ini mengakibatkan berlakunya longgokan kulit durian yang akan mengeluarkan bau yang busuk, tempat pembiakan nyamuk dan tikus serta mengundang lalat. Ia akan menyebabkan p