Buang Kulit Durian Boleh Di Saman RM 100,000 ?

 


Betul ke??

Teknologi : Mesin Pencincang Kulit Durian Untuk Pengkomposan Sisa Bio


Buah durian (Durio zibethinus) adalah antara buah tempatan popular di Malaysia, juga dikenali sebagai Raja Buah. Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong bergantung kepada varieti.


Kulit durian yang berduri tajam dan berwarna hijau hingga hijau keperangan. Buah durian berpangsa-pangsa dimana ulas durian berada di dalam pangsa ini. Kulit durian akan dibuang selepas ulas durian dimakan. Lambakan kulit durian menjadi sampah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar.


Menurut, Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin daripada Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia kulit durian mengambil masa yang lama untuk terlerai. Apabila tiba musim durian, kulit-kulit durian dibuang begitu sahaja di tempat longgokan sampah atau dibuang secara haram. Ini mengakibatkan berlakunya longgokan kulit durian yang akan mengeluarkan bau yang busuk, tempat pembiakan nyamuk dan tikus serta mengundang lalat. Ia akan menyebabkan pencemaran alam sekitar serta boleh mengundang penyakit kepada penduduk setempat. 

Pangsa kulit durian ada pelbagai saiz bergantung kepada varieti buah durian.


Pembuangan haram kulit durian akan didakwa mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 627) yang boleh dijatuhi hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sumber lanjut 

https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/pencincang_kulit_durian_untuk_pengkomposan_sisa_bio-67883


Alat Inovasi Markot 

https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/alat_inovasi_markot_upm-66509


Comments

Popular posts from this blog

Biji Kurma Rasa Kopi Satu inovasi