PPSMI ! Bawa Kejayaan?



PPSMI atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, jadi satu isu yang penting untuk dikongsikan. Sebabnya, ini bakal diwarisi oleh anak2 kita untuk kini dan akan datang.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, pelaksanaan PPSMI akan mewujudkan jurang besar dari aspek prestasi pelajar sekolah luar bandar berbanding mereka di bandar. "Ada cara untuk kita mempertingkatkan kekuatan bahasa kedua itu di kalangan pelajar dan yang pasti PPSMI bukan satu cara yang efektif," katanya kepada Utusan Malaysia. "Saya berasa tidak adil dan kasihan kepada anak-anak Melayu di luar bandar. Sudahlah mereka lemah dalam Matematik dan Sains, kini ia menjadi lebih susah untuk mereka apabila PPSMI dilaksanakan.

Ya betul juga tu. Rasanya kalau nak tingkatkan bahasa Inggeris ada cara lain lagi.
Kenapa tak ditekankan, pengajaran bahasa Inggeris yang selalu diguna pakai , selain diajarkan penulisan, nahu dan bahasa Inggeris yang formal. Kalau diajarkan bahasa inggeris yang akan diguna seharian, kat sekolah baik kat rumah, atau berborak dengan kawan-kawan, itu kan jadi lebih bagus dan berkesan lagi. Terapkan budaya membaca bacaan Inggeris dengan lebih berkesan dan efektif. Itu pun elemen penting! Nanti tidaklah sampai, dah grade kat Universiti pun masih lagi terkial-kial nak “speaking London”, kalau dapat speaking Manglish pun dah ok sangat dah. Kan! Tak gitu.. erghh..

Ini, dahla tak berapa nak pandai cakap Inggeris, tak fasal-fasal nanti, dah tak pandai pulak nak mengira. Sapa yang susah nanti. Kita dan anak keturunan kita jugakan! Betul jugak kata Nabil... “Sendiri... ... ”

Comments

Popular posts from this blog

Buang Kulit Durian Boleh Di Saman RM 100,000 ?

Biji Kurma Rasa Kopi Satu inovasi

Rejuvenasi Produktiviti