ISU kepala babi di Dalam Surau UM

“Pelajar Islam Universiti Malaya (UM) tetap menunaikan solat Jumaat di surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) walapun ia digemparkan dengan penemuan kepala babi di dalam surau tersebut awal pagi tadi. Kepala babi yang dibelah dua itu diletakkan di atas bendera PAS, ditemui oleh seorang aktivis pro-Mahasiswa, Mohd Azlan Zainal kira-kira jam 5 pagi tadi.” Petikan Malaysiakini. Tak tergamak saya nak lihat gambar tragedi ini.

Astaghfirullahalazim... macam mana la perkara yang begitu memeranjatkan ini boleh berlaku. Perkara macam ni bukan lagi isu politik student, atau pun politik negara. Tapi ini sudah melibatkan perselisihan agama. Malaysia yang mendukung AGAMA ISLAM sebagai agama kebangsaan macam dah tiada makna. Belum pernah didengar isu seperti ini berlaku di rumah ibadah agama lain. Ya Allah, minta dijauhkan dengan sebarang perkara yang dahsyat, sesungguhnya kami ini kaum yang amat lemah keimanan kami.
Bila perkara ini berlaku, kita umat Islam yang perlu lihat diri kita sendiri. Bukan menunding jari pada orang lain.

· Adakah kita dah mengamalkan dan cara hidup kita seperti mana apa yang disuruhNya?
· Adakah kita dah mendidik anak2 kita mengikut apa yang disuruhNya?
· Adakah kita bekerja mengikut apa yang disuruh olehNya?
· Adakah tujuan HIDUP kita di Malaysia ini mengikut apa yang dikehendakiNya?
· Adakah kita tahu dan faham apa yang telah disampaikan olehNya di dalam kitabNya?
· Adakah kita bermata tapi buta, bertelinga tapi tuli, bermulut tapi bisu, berakal tapi nafsu yang menguasai?


Mengapakah kita tidak bertindak, hidup di muka bumi Malaysia ini mengikut panduan di dalam kitabNya? Sudah tidak relevankah isi kandungannya? Sudah tidak sesuaikah isi kandungannya dengan zaman moden ini? Tidak ada saintiskah yang ingin mengorek kehebatan kandungan Al-Quran yang bukan hanya patut diikuti pada masa ini, bahkan untuk SERIBU tahun akan datang sekalipun?
Mati itu tidak menanti, jangan kita jadi seperti di GAZA suatu masa nanti, di mana nasrani, yahudi dan majusi hanya tersenyum melihat keadaan umat islam nanti.
.

Comments

Popular posts from this blog

Buang Kulit Durian Boleh Di Saman RM 100,000 ?

Biji Kurma Rasa Kopi Satu inovasi

Rejuvenasi Produktiviti