Simpanan emas Janjikan pulangan tunai setiap bulan

Kemelut ekonomi yang melanda dunia kini telah menyebabkan ramai mula sedar mengenai kepentingan membeli emas untuk dijadikan aset pelaburan dan bukan lagi sekadar perhiasan dan lambang kemewahan. Pemangkin terhadap minat serta trend yang semakin berkembang itu adalah fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini.

Mengapa melabur emas? A) keuntungan B) lindungi nilai aset dari inflasi/deflasi

Etika Emas Estet Berhad, merupakan salah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual emas fizikal 24 karat dengan kualiti 999.9 atau 99.9% tulen. Setiap pelanggan yang membeli dan menyimpan emas di Etika Emas ditawarkan emas fizikal iaitu emas sebenar yang boleh dilihat, dipegang dan disimpan sebelum dicagarkan di skim Ar-Rahnu oleh Bank Rakyat. Emas dalam bentuk barangan kemas atau syiling emas dijual pada kadar 40 peratus tinggi daripada jongkong emas iaitu membabitkan kos buruh.”

· Pemilik emas boleh menyimpan sendiri emas milik mereka atau di peti simpanan bank.
· Pembeli juga boleh mendapatkan pinjaman / modal pusingan pada kadar 50 - 65 % dengan mencagarkan emas yang dimiliki di pajak gadai konvensional atau pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.
· Simpanan emas fizikal boleh dijual (sekiranya diperlukan) tapi nilainya akan susut antara 15 - 30 % daripada harga pasaran.
· Jongkong emas dijual Etika Emas - 20 g, 50 g, 100 g, 500 g, 1 kg dan 12.5 kg.
· Nilai berat setiap jongkong berkenaan dibuat berdasarkan harga pasaran antarabangsa dan boleh - rujuk www.kitco.com / www.wgc.com.
· Nilai jual Kijang emas (Bank Negara Malaysia - 31 Disember 2008) - RM3,200 (31.10 g (1oz)), RM1,630 (15.55 g) dan RM830 (7.775 g).
· Emas asli boleh disahkan tulen - apabila digigit, ia ada kesan lekuk gigi, dan apabila dibakar / dicairkan, ia tidak berubah warna.

Apa pun sesiapa yang dah pun memulakan langkah menyimpan emas ni, janganlah lupa berzakat. ZAKAT itu untuk sesama manusia saudara kita juga. Nanti di tambahkan lagi rezeki tu. MLM emas pun dah ada sekarang ni.

- Sumber Berita Harian 4/01/09

Comments

Popular posts from this blog

Buang Kulit Durian Boleh Di Saman RM 100,000 ?

Biji Kurma Rasa Kopi Satu inovasi

Rejuvenasi Produktiviti