Daun Kelor - sayur berkhasiat tidak dipandang

Makan pun tak pernah tapi rupanya sangat berkhasiat tinggi lagi murah

 Lagi inovasi UPM untuk dikongsi.


.

 Chewable Moringa Fruity Tablets 

Serbuk daun Moringa Olifera mengandungi anti-oksidan, sebatian anti-radang, fenolik, flavonoid dan protein lengkap dengan amino asid penting untuk kesihatan. Daun segar yang mempunyai kandungan lembapan yang tinggi dan rasa pahit apabila dikeringkan menjadikan daun ini sangat mudah rosak dan sukar ditelan secara mentah atau secara terus. Chewable Moringa Fruity Tablets adalah formulasi unik daun Moringa Oleifera yang mudah dikunyah, berkhasiat, semula jadi, menjimatkan dan boleh dijadikan sebagai makanan tambahan untuk semua peringkat umur. Inovasi ini menggunakan serbuk buah sebagai pengikat semulajadi (natural binder).

Tahap piawaian tablet yang dicipta telah dilakukan mengikut parameter yang ditetapkan oleh Food and Drug Administration of United State (FDA) dan International Pharmacopeia untuk tablet mudah terurai (disintegrating tablets). Inovasi ini dibangunkan untuk mempromosikan daun Moringa Oleifera sebagai suplemen multivitamin yang murah serta dapat memenuhi tahap multivitamin yang hilang dalam makanan untuk masyarakat kurang berkemampuan di seluruh dunia. Sekiranya seorang dewasa mengambil lima tablet setiap hari, tablet ini boleh memenuhi 100% RDA vitamin A (β-karoten) daripada sumber semulajadi yang asli.

Artikel lanjut
-  http://www.sciencepark.upm.edu.my/artikel/chewable_moringa_fruity_tablets-40795

Comments

Popular posts from this blog

Buang Kulit Durian Boleh Di Saman RM 100,000 ?

Biji Kurma Rasa Kopi Satu inovasi

Rejuvenasi Produktiviti